Turki hargai sumbangan Malaysia dalam OIC

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Turki merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan yang dimainkan negara dalam arena antarabangsa terutamanya menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang mengadakan perbualan telefon bersama Speaker of the Grand National Assembly of Turkey, Prof Dr Mustafa Sentop, pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menerusi kenyataan di sini pada Khamis, Rais berkata, penghargaan turut diberikan Turki kepada negara atas peranan yang dimainkan dalam aspek kemanusiaan.

"Turki merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas kerjasama melalui Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pendidikan tinggi Islam,” katanya.

Iklan

Selain itu, beliau berkata, komitmen memerangi jenayah rasuah di peringkat antarabangsa serta perjuangan bersama bagi mencari penyelesaian kepada konflik antarabangsa, antara yang turut dipersepakati kedua-dua dewan menerusi perbualan telefon berkenaan.

Rais berkata, Turki turut berharap Malaysia memahami peranan yang dimainkan negara itu dalam isu keamanan di rantau Eropah, ASEAN dan platform OIC.

Iklan

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan, telah dijemput menghadiri satu persidangan khas yang akan diadakan pada 21 hingga 23 Jun ini di Turki.

Hubungan diplomatik Kuala Lumpur dengan Ankara bermula pada 1964 dan Turki mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur dan Malaysia mempunyai kedutaan di Ankara. - Bernama