ATLET karate negara, V Yilamaran mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat perak dalam acara akhir kumite 84 kilogram (kg) di Sukan Deaflympics Caxias do Sul 2022, Brazil pada Selasa.
Biarpun tampil dengan misi menghadirkan kilauan emas buat kontinjen Malaysia, atlet berusia 22 tahun tersebut terpaksa akur apabila pengalaman berpihak kepada lawannya dari Ukraine, Makhno Oleksandr.