Sri Lanka beri elaun khas kepada keluarga berpendapatan rendah

Iklan
Kerajaan Sri Lanka akan memberikan elaun tunai khas kepada keluarga berpendapatan rendah yang terjejas akibat krisis ekonomi bermula Mei untuk tempoh tiga bulan

COLOMBO - Kerajaan Sri Lanka akan memberikan elaun tunai khas kepada keluarga berpendapatan rendah yang terjejas akibat krisis ekonomi bermula Mei untuk tempoh tiga bulan, kata Menteri Media Massa, Nalaka Godahewa pada Selasa.

Pada taklimat media, beliau berkata, keluarga berpendapatan rendah amat terkesan dengan krisis ekonomi jadi kerajaan merasakan bantuan segera perlu disalurkan kepada mereka, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Godahewa berkata, kabinet pada Isnin meluluskan pemberian elaun khas itu yang diperkenalkan di bawah kerangka kerja pembiayaan kecemasan Kumpulan Bank Dunia. - Bernama

Iklan

Iklan