JAGUH perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran sulung di pentas Asia apabila menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina sebentar tadi.
Dalam aksi final di Komplek Sukan Muntinlupa itu, Zii Jia menewaskan pemain nombor lapan dunia dari Indonesia, Jonatan Christie dengan kemenangan staright set 21-17, 23-21.