PNB yakin kepemimpinan Mohammad Azlan kemudi Sapura Energy
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Permodalan Nasional Berhad (PNB) yakin dengan kepimpinan Datuk Mohammad Azlan Abdullah dalam mengemudi Sapura Energy Berhad (SEB) melalui proses penstrukturan dan pemulihan syarikat.
PNB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyokong keputusan Lembaga Pengarah SEB mengenai pelantikan Mohammad Azlan sebagai Pengerusi SEB yang baharu, berkuat kuasa 7 Mei ini.