SKMM tiada kuasa sekat video raya Aliff Syukri

Iklan
Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tiada kuasa untuk menyekat secara langsung klip video raya oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara tersebut hanya boleh dilakukan apabila mendapat perintah mahkamah.

Iklan
Iklan

"Kalau kita sekat dahulu, orang boleh saman kita. Kalau mahu sekat, perlu berdasarkan kepada undang-undang.

"Kementerian tidak boleh sekat. Yang boleh buat keputusan sekat adalah mahkamah. Kementerian hanya melaksana.

Iklan

"Kalau menteri boleh sekat. Saya hari-hari ada benda nak sekat. Tapi kena ikut undang-undang. Dia ada kaedah,” katanya semasa Majlis Berbuka Puasa bersama media di sini pada Selasa.

Tambah beliau, sekiranya sesuatu perkara tersebut tidak dapat dibuktikan menyalahi undang-undang, tiada tindakan yang akan diambil.

Iklan

"Hanya kalau melanggar undang-undang, baru akan ada tindakan yang boleh dibuat. Kalau tiada, kita tidak boleh buat sesuatu atas dasar ikut suka,” ujarnya.

Ketika diminta untuk mengulas menegani isu tersebut, beliau tidak memberi sebarang ulasan kerana akan dianggap prejudis terhadap penyiasatan.

"Sebab SKMM bawah saya. Kalau saya beri pendapat, nanti siasatan dipengaruhi oleh saya,” katanya.

Tambah Annuar, Akta SKMM 1998 masih diteliti kerana terdapat beberapa kelenahan dalam pelaksanaannya.

"Ini terutama bagi hantaran-hantaran yang berpengkalan dari luar negara. Saya dapati cukup susah,” jelasnya.