Hawana 2022 akan keluarkan satu deklarasi wartawan
Iklan
Mokhtar
SHAH ALAM - Satu deklarasi bakal diisytiharkan pada Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 yang akan dianjurkan di Bandaraya Melaka pada 28 dan 29 Mei ini.
Presiden Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI), Datuk Mokhtar Hussain berkata, deklarasi berkenaan akan menyentuh mengenai hasrat dan pandangan media di dalam negara.
Iklan
Iklan
"Kita akan wujudkan satu jawatankuasa kecil untuk mendrafkan deklarasi itu yang mungkin akan menyentuh mengenai pandangan atau aspirasi media Malaysia terhadap negara yang lebih makmur, maju dan bersatu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelerasan Hawana 2022 yang diadakan secara hibrid di Kompleks Karangkraf pada Isnin.
Iklan
Hadir sama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman; Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian TV Media Prima Berhad, Kamarudin Mape; Ketua Pengarang Utusan TV, Datuk Zulkefli Hamzah dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar.
Mokhtar (tiga dari kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat penyelerasan Hawana 2022 yang diadakan secara hibrid, di Kompleks Karangkraf pada Isnin.
Penganjuran Hawana 2022 itu antaranya akan membabitkan beberapa pengisian program seperti Konvensyen Media Nasional, Malam Gala dan perhimpunan kemuncak yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Mei ini.
Iklan
Mengulas lanjut, Mokhtar berkata, tujuan utama penganjuran acara tersebut adalah bagi menunjukkan solidariti dan inklusiviti wartawan di seluruh negara meliputi media arus perdana dan dalam talian yang terdiri daripada pelbagai bahasa.
Pada masa sama, Mokhtar berkata, Hawan 2022 akan turut dihadiri oleh kira-kira 17 pimpinan tertinggi media dari Indonesia.
Sambutan Hawana adalah bagi menghargai golongan wartawan di Malaysia yang disambut pada setiap 29 Mei bersempena penerbitan pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>