Rizab antarabangsa Bank Negara AS$114.4 bilion pada 15 April

Iklan
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.4 bilion pada 15 April 2022.

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.4 bilion pada 15 April 2022.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 6.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing yang berjumlah AS$101.2 bilion setakat 15 April, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.4 bilion).

Sebelum ini, BNM mengumumkan bahawa rizab antarabangsanya berjumlah AS$115.2 bilion pada pertengahan Mac 2022. - Bernama

Iklan
Iklan