Rumah musnah dalam kebakaran

Iklan
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Bagan Sungai Besar pada petang Sabtu.

SUNGAI BESAR - Sebuah rumah di Bagan Sungai Besar di sini musnah dalam kebakaran pada petang Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukannya menerima panggilan pada jam 6.35 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sabak Bernam serta jentera masing-masing dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah kampung jenis bangunan setingkat dengan membabitkan kemusnahan 80 peratus.

Iklan
Iklan

"Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.