Mercun, bunga api bernilai RM40,000 dirampas
Iklan
JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis mercun serta bunga api tanpa lesen bernilai RM40,000.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, dalam dua serbuan.