Kawasaki Frontale akui JDT miliki kualiti
Iklan
Aksi Kawasaki Frontale ketika berdepan Guangzhou di Larkin baru-baru ini. -Foto: AFC Champions League
PENGENDALI Kawasaki Frontale, Toru Oniki mahu skuad kendaliannya itu mengekalkan rentak kemenangan apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis.
Malah menurut Oniki, dia turut menjangkakan kesukaran apabila berdepan skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora yang dibarisi ramai pemain berkualiti.
Iklan
Iklan
Justeru Oniki turut mengingatkan para pemain untuk beraksi dengan gaya mereka sendiri selain mengekalkan rentak pantas pada perlawanan berkenaan.
"Kita sedar kita akan berdepan dengan kesukaran pada perlawanan ini kerana JDT memiliki ramai pemain berkualiti dan bukan mudah untuk mengekang asakan-asakan mereka.
Iklan
"Kita juga sedar bahawa JDT akan bermain secara menyerang, tetapi dalam masa sama saya juga mengingatkan pemain untuk menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan.
"Bagaimanapun, saya tetap mengingatkan pemain untuk beraksi dengan mengekalkan rentak permainan kita dan paling penting, jangan sesekali memandang rendah keupayaan lawan (JDT) tetapi sebaliknya fokus kepada cara permainan kita sendiri,” katanya pada Rabu.
Iklan
Untuk rekod, Kawasaki Frontale yang juga merupakan pendahulu dan juara Liga 1 Jepun (Liga J1) 2020 dan 2021 kini berada pada kedudukan kedua kumpulan dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.
Pada perlawanan pertama sebelum ini Kawasaki Frontale melakar keputusan seri 1-1 berdepan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai sebelum bangkit membelasah kelab China, Guangzhou 8-0.
Sementara itu, pemain pertahanan Kawasaki Frontale, Asahi Sasaki turut mengingatkan rakan-rakan sepasukannya agar tidak melakukan sebarang kesilapan ketika berdepan anak buah Mora.
Katanya, semua pemain terutamanya di benteng pertahanan diharap dapat memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan bagi mengekang asakan-asakan lawan.
"Saya berharap dapat beraksi pada perlawanan ini kerana selain permukaan padang yang bagus, saya juga tahu bagaimana suasana di Stadium Sultan Ibrahim. Pada masa sama saya berharap semua pemain dapat memberikan persembahan yang terbaik,” katanya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.