Elixxi Beauty, Sofia Iman lancar Kit Raya Istimewa
Iklan
Rangkaian produk Elixxi Beauty.
SHAH ALAM – Jenama kecantikan tempatan Elixxi Beauty telah berkolaborasi dengan jenama songket terkemuka Sofia Iman untuk melancarkan Kit Raya Istimewa yang terdiri daripada produk-produk penjagaan kulit daripada Elixxi Beauty serta pakaian edisi Remboelan dan shawl daripada Sofia Iman.
Pengurus Besar Elixxi Beauty, Norliana Nazir berkata, Kit Raya Istimewa itu dilancarkan sempena sambutan raya yang bakal menjelang tiba,
Iklan
Iklan
Menurutnya, terdapat empat jenis kit istimewa iaitu Kit Jelita, Kit Juwita, Kit Anggun dan Kit Kirana dan kesemua kit-kit ini ditawarkan pada harga promosi.
"Kolaborasi ini selari dengan misi Elixxi Beauty yang bukan sahaja menawarkan produk yang berkualiti tetapi membantu meningkatkan gaya hidup penggunanya secara keseluruhan.
Iklan
"Elixxi Beauty dan Sofia Iman membuat keputusan untuk bersama-sama memanfaatkan kekuatan jenama masing-masing untuk terus menguasai pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Norliana berkata, bagi mereka yang ingin memantapkan ‘skin resilience’ dan menginginkan kulit yang kekal awet muda, Kit Jelita merupakan pilihan yang sangat tepat.
Iklan
Norliana
"Elixxi Perfecting Serum dan pelembab yang boleh didapati dalam Kit Jelita ini dihasilkan menggunakan teknologi MossCellTec TM No. 1 iaitu lumut yang dihasilkan menerusi bioteknologi.
"Antara produk lain yang diketengahkan ialah Kit Kirana yang menggabungkan Remboelan by Sofia Iman dan Elixxi Hydrating Face Mist. Pembeli boleh memilih mana-mana rekaan Remboelan yang mereka mahukan dan membawa pulang Elixxi
Hydrating Face Mist yang juga bertindak sebagai ‘setting spray’ untuk solekan,” katanya.
Reruai #SofiaImanxElixxi yang terletak di Centre Court, Suria KLCC, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, Kit Raya istimewa yang merupakan kelahiran kolaborasi eksklusif ini hanya boleh didapati di reruai-reruai #SofiaImanxElixxi yang telah bertapak di lokasi-lokasi yang berikut: Suria KLCC, Kuala Lumpur; IOI City Mall, Putrajaya; The Curve, Mutiara Damansara; dan Alamanda Shopping Centre, Putrajaya.
"Pelbagai promosi hebat, peraduan menarik dan cabutan bertuah menanti pengunjung di reruai #SofiaImanxElixxi. Antaranya Pencarian Wajah Baru Elixxi yang menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia dari usia 18 tahun sehingga 50 tahun.
"Pengunjung juga boleh mengambil peluang ini untuk mencuba mana-mana produk utama Elixxi Beauty. Produk Elixxi Beauty diinspirasikan oleh sains dan mengguna pakai pelbagai teknologi moden,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>