Malaysian Tigers, Pakistan sama kuat

Iklan
Faizal Saari - Foto Zimbio

MALAYSIAN Tigers bangkit ketinggalan bagi mengikat Pakistan 1-1 pada aksi kedua Kumpulan D Piala Dunia 2018 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, malam semalam

Faizal Saari menyempurnakan pukulan sudut penalti keenam diperoleh skuad kendalian Roelant Oltmans pada minit ke-55.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Pakistan membuka jaringan pada minit ke-51 menerusi gol padang Muhammad Atiq selepas tiga suku pertama permainan berlangsung tanpa sebarang jaringan.

Terdahulu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, Jerman membelasah Belanda 4-1 untuk menjuarai kumpulan itu dengan enam mata sementara Malaysia di kedudukan terbawah dengan satu mata.

Iklan

Malaysian Tigers selepad ini akan berhadapan pasukan di ranking keenam dunia, Jerman, pada Ahad.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam Hoki Piala Dunia di tempat keempat semasa negara menjadi tuan rumah kejohanan pada 1975.- Bernama

Iklan