Kompaun serta-merta jika binatang ternakan berkeliaran
Iklan
Penguat kuasa MDKS menangkap seekor lembu yang dibiarkan lepas tanpa pengawasan.
JERAM – Satu kompaun dikeluarkan serta-merta terhadap pemilik ternakan lembu yang dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan di kawasan laluan awam dan perumahan penduduk di Jalan Mat Shah, di sini.
Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Rahilah Rahmat berkata, satu tangkapan seekor lembu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 dan boleh didenda sehingga RM200.
Iklan
Iklan
"MDKS menjalankan operasi pemantauan dan penangkapan lembu yang memasuki kawasan laluan awam dan perumahan di sekitar kawasan Bestari Jaya dan Jeram.
"Operasi ini bertujuan untuk mencegah haiwan peliharaan seperti lembu atau kerbau tidak berkeliaran di kawasan awam dan untuk kebaikan semua pihak terutama pengguna jalan raya,” katanya.
Iklan
Pihaknya memberi peringatan kepada ternakan kerana MDKS mempunyai kuasa untuk mengurung mana-mana lembu-kerbau yang ditangkap dan disimpan di suatu tempat atas risiko pemunya atau penjaga lembu-kerbau.
"Sehingga belanja bagi tangkapan, kurungan dan memberi makan lembu-kerbau itu dibayar, barulah pemunya atau penjaga boleh menuntut kembali lembu-kerbau itu di bawah Seksyen 4(4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971.
Iklan
"Seksyen 13 Enakmen yang sama memberikan kuasa kepada MDKS untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah ke atas mana-mana pemunya, penjaga kerana melanggar mana-mana peruntukan di dalam enakmen tersebut,” katanya.
Katanya, MDKS akan meneruskan operasi menangkap haiwan berkeliaran di beberapa kawasan yang mempunyai masalah ini berdasarkan maklumat orang awam yang diterima dari semasa ke semasa.
"Masyarakat juga digalakkan untuk menyalurkan aduan berkaitan perkhidmatan MDKS secara dalam talian di selangor.spab.gov.my atau hubungi talian 03-32891439,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>