AirAsia Super APP umum kerjasama dengan Trip.com
Iklan
AIRASIA Super App hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Trip.com, antara ejen pelancongan dalam talian terkemuka di dunia serta jenama di bawah Kumpulan Trip.com, bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu ejen pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di ASEAN.
Malah, kerjasama membabitkan dua penggiat pengembaraan/pelancongan terkemuka itu akan membolehkan Super App mendapat akses kepada tambahan lebih 1.2 juta hotel dari serata 200 negara dan rantau dalam senarai inventorinya serta memberi lebih banyak pilihan kepada pengembara untuk melengkapkan lagi rancangan perjalanan atau pengembaraan masing-masing.