Kabinet PH perlu nafas baharu
Iklan
Mohd Fakaaruddin
MACHANG - Ketidakupayaan kabinet Kerajaan PH dalam mentadbir dan mengurus negara sebagaimana diharapkan rakyat perlu diberi perhatian serius dan ditangani segera
Ketua Pemuda Umno Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail berkata, negara memerlukan barisan menteri baharu yang berkebolehan dan berwibawa dalam usaha membangunkan negara.
Iklan
Iklan
Katanya, setelah hampir setahun diberi mandat oleh rakyat, Kerajaan PH masih gagal menunjukkan kebolehan dan keupayaan sebagaimana yang mereka janjikan kepada rakyat sebelum ini.
"Setelah hampir setahun kerajaan PH mentadbir dan mengurus negara, kesimpulan yang boleh dibuat oleh rakyat adalah kerajaan hari ini lebih teruk dan tidak berkeupayaan dalam beberapa hal.
Iklan
"Lihat sahaja dalam prestasi ekonomi dan bersangkut dengan pemulihan ekonomi negara dan rakyat.
"Kita pelik, kepakaran di kalangan kakitangan kerajaan masih sama, tetapi apabila dipimpin oleh menteri dan ahli Kabinet yang tidak berkemampuan, maka kesannya amat buruk," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di sini, hari ini.
Iklan
Abdul Hadi dalam kenyataannya semalam mendakwa kabinet Kerajaan PH lemah dan perlu dirombak demi kesejahteraan rakyat.
Tambah Mohd Fakaaruddin, kerajaan bukan sahaja gagal dalam sudut ekonomi tetapi juga dalam menguruskan perpaduan kaum, kedudukan dan prestasi umat Islam dan bangsa Melayu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>