Kes Covid-19 di Selangor bawah 5,000, Petaling kekal tertinggi

Iklan
Jumlah kes Covid-19 di Selangor masih di bawah 5,000 iaitu sebanyak 4,444 kes setakat jam 11.59 malam pada Isnin. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Jumlah kes Covid-19 di Selangor masih di bawah 5,000 iaitu sebanyak 4,444 kes setakat jam 11.59 malam pada Isnin.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, jumlah tersebut merangkumi 4,435 kes komuniti, tujuh kes penjara dan dua kes import A.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran tersebut, mukim Petaling menjadi penyumbang jumlah kes Covid-19 tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 1,493 kes.

"Daerah yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi dalam mukim itu ialah Petaling iaitu sebanyak 713 kes, diikuti Damansara (467); Sungai Buloh (184) dan Bukit Raja (127) termasuk dua kes import A," katanya pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, JKNS turut memaklumkan, mukim yang mencatatkan kes Covid-19 kedua tertinggi di Selangor ialah mukim Hulu Langat iaitu sebanyak 1,091 kes, diikuti dengan Gombak (637); Klang (623) dan Kuala Langat (397).

Ujarnya, mukim lain terus mencatatkan kes Covid-19 di bawah 100 kes iaitu Kuala Selangor sebanyak 91 kes, diikuti dengan Sepang (55); Hulu Selangor (37) dan Sabak Bernam (20).

Iklan