Guardiola lega Walker kembali beraksi

Iklan
Kehadiran Walker bantu kukuhkan benteng City. Foto Getty Images

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola lega apabila pemain pertahanan kanan, Kyle Walker sudah boleh beraksi setelah tamat menjalani penggantungan baru-baru ini.

Menurut Guardiola, kehadiran semula pemain berkenaan diharap dapat membantu khususnya bagi mengukuhkan benteng pertahanan pasukan.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini kami memang berdepan kesukaran untuk meletakkan pemain khususnya di bahagian pertahanan kanan.

"Kini dengan kembalinya Walker, diharap masalah itu berjaya diatasi dan seterusnya memperkuatkan lagi benteng pertahanan kami.

Iklan

"Setelah benteng pertahanan cemerlang mengekang asakan lawan, ia pasti akan memberikan semangat kepada jentera serangan kami untuk mengatur asakan ke pintu gol lawan dalam usaha meledak jaringan bagi membantu kemenangan pasukan,” katanya.

Untuk rekod, skuad The Citizens itu menang 1-0 pada aksi suku akhir pertama di Etihad pada 6 April lalu.

Iklan

Sementara itu Guardiola berkata, hanya dua pemain melibatkan Ruben Dias dan Cole Palmery yang bakal terlepas peluang beraksi berdepan Atletico Madrid pada Khamis.

Katanya, kedua-dua pemain berkenaan mengalami kecederaan susulan Dias mengalami kecederaan hamstring manakala Palmery (kecederaan kaki).

"Selain kedua-dua pemain berkenaan, hampir kesemua pemain seperti Ilkay Gundogan, Riyad Mahrez, Jack Grealish, Fernandinho dan lain-lain dilaporkan cergas dan sedia untuk beraksi,” katanya.