KLANG - Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki membelasah seorang pekerja perkhidmatan penyediaan keranda, dengan menggunakan rantai besi di sebuah rumah di Taman Chi Liung di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pekerja lelaki berumur 36 tahun itu dipukul di bahagian belakang badan, kepala, tangan kiri dan kaki oleh suspek sekitar 9.30 malam susulan pergaduhan berhubung kematian teman wanita pekerja berkenaan sebelum ini, yang juga merupakan kenalan lama suspek.