Empat kampung di Lipis dilanda banjir

Iklan
Anggota APM menyerahkan kit makanan kepada mangsa banjir di Lipis, pada Isnin. - Foto ihsan APM

LIPIS - Hujan lebat pada awal pagi Isnin menyebabkan empat buah kampung di Lipis dilanda banjir.

Dalam kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lipis, empat kampung yang terlibat ialah Kampung Bapong, Kampung Ulu Teris, Kampung Relong dan Kampung Berchang dengan membabitkan lapan buah rumah serta 21 mangsa.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, pada jam 9 pagi, laporan banjir akibat hujan lebat dan mengenai limpahan air dari Sungai Teris diterima kira-kira jam 3 pagi.

"Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kerana rumah mangsa selamat diduduki serta tiada kerosakan teruk. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Iklan
Iklan

"Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga membuat pemantauan di lokasi terlibat. Penyerahan kit makanan kepada mangsa terlibat juga telah dilakukan," menurut kenyataan itu.