KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri di Medan Warisan, Tanah Putih pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa, Ramle Mohamad, 64, dipercayai terperangkap dalam bilik tidur di tingkat dua pangsapuri berkenaan.