Rusia digantung daripada Majlis Hak-Hak Asasi Manusia PBB

Iklan
Rusia digantung daripada Majlis Hak-Hak Asasi Manusia PBB kerana tindakannya menyerang Ukraine. - Foto AFP

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung Rusia daripada menjadi anggota Majlis Hak-Hak Asasi Manusia pada Khamis berikutan tindakannya menyerang negara jirannya, Ukraine.

Badan dunia itu bertindak sedemikian selepas ia mengundi untuk menggantung Rusia daripada majlis tersebut.

Iklan
Iklan

Rusia menjadi negara kedua digantung daripada majlis berkenaan selepas Libya yang digantung pada tahun 2011.

Tindakan menggantung Moscow itu kemudian mendapat pujian daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Iklan

Daripada 193 ahli Majlis Perhimpunan Agung PBB, sebanyak 93 anggota mengundi menyokong penggantungan seperti yang dicadangkan oleh AS manakala 24 lagi menentang.

Sebanyak lima puluh lapan ahli berkecuali dan selebihnya tidak mengambil bahagian,.

Iklan

Bilangan ahli yang tidak menyokong penggantungan itu menunjukkan perpaduan antarabangsa yang semakin lemah untuk menentang Rusia menerusi badan dunia tersebut.

Moscow menolak penggantungannya itu dan menganggapnya sebagai tidak sah dan bermotifkan politik. - Agensi