Elak polemik, ABIM cadang angkat semula fungsi MABBIM
Iklan
Muhammad Faisal Abdul Aziz
SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesyorkan supaya Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) diangkat semula demi mengelakkan polemik antara negara sekaligus sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa.
Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, penggunaan istilah yang boleh menyatu seperti 'Bahasa Melayu-Nusantara' juga antara langkah yang boleh digunakan sebagai jalan tengah.
Iklan
Iklan
"Sebagai jalan tengah untuk mengelakkan polemik serta pertelagahan istilah yang merugikan, antaranya ia boleh diselesaikan dengan penggunaan istilah yang boleh menyatu seperti 'Bahasa Melayu-Nusantara'.
"Di sini pentingnya untuk kita bersama mengangkat semula MABBIM yang merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu yang merupakan khazanah kosmopolitan rantau Nusantara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Beliau merujuk kenyataan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim yang menolak saranan Malaysia mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama ASEAN.
Mengulas lanjut, Muhammad Faisal menegaskan usul dan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua organisasi tersebut, perlu disambut baik dengan mencari kesepakatan yang untuk sama-sama menempatkan lingua ini pada peranan yang strategik.
Iklan
Katanya, ia sejajar dengan fungsi bahasa Melayu sebagai pengantar utama ketika alam Melayu menjadi pusat peradaban kosmopolitan yang memimpin dinamika rantau Asia Tenggara.
"Perlu ditegaskan dalam persuratan Indonesia sebelum merdeka, bahasa yang digunakan adalah 'bahasa Melajoe' (bahasa Melayu dalam ejaan pengaruh Belanda.)
"Namun, selepas Sumpah Pemuda bertarikh 28 Oktober 1928 maka digunakan nama Bahasa Indonesia dalam pernyataan jati diri tiga serangkai - 'Bertanah air yang satu - Negara Indonesia, Berbangsa yang satu - Bangsa Indonesia, Berbahasa yang satu - Bahasa Indonesia'," katanya.
Jelasnya lagi, kenyataan berkenaan juga bersandarkan kepada keputusan nombor lapan Kongres Bahasa Indonesia Kedua yang diadakan di Medan pada 28 Oktober hingga 2 November 1954 yang mengatakan 'Bahawa asal bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu, dasar bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu yang disesuaikan dengan pertumbuhannya dalam masyarakat Indonesia sekarang'.
"Penggunaan istilah bahasa Melayu juga sifatnya meluas merentas negara, iaitu digunakan oleh mana-mana rumpun Melayu di mana-mana rantau di dunia ini.
"Justeru, ABIM menegaskan isu bahasa Melayu seharusnya menjadi medan yang menyatukan warga Alam Melayu," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Beberapa negara termasuk China mahu perjanjian SEANWFZ disambung semula - Mohamad" /><meta itemprop="description" content="Beberapa negara termasuk China mahu perjanjian SEANWFZ disambung semula - Mohamad
Beberapa negara termasuk China menyatakan hasrat untuk menyambung semula perbincangan membabitkan perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang tertangguh sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, China menghubungi Malaysia dan setuju untuk menandatangani perjanjian tanpa sebarang syarat.
Menurutnya, permintaan tersebut menunjukkan perkembangan yang baik dalam usaha membebaskan dunia daripada ancaman senjata nuklear.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737687/berita/nasional/beberapa-negara-termasuk-china-mahu-perjanjian-seanwfz-disambung-semula---mohamad
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #ASEAN" /><meta itemprop="uploadDate" content="2025-07-08T11:11:52.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/YiFgI1eRG0fcpeoSp/x120" /><meta itemprop="duration" content="P115S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9misgi" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9misgi" data-playlist="x9cvg4"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Malaysia cadang 18 November sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN" /><meta itemprop="description" content="Malaysia cadang 18 November sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN 
Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) mencadangkan tanggal 18 November diiktiraf sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom. 
Wakil Malaysia ke AICHR, Edmund Bon Tai Soon berkata, pemilihan tarikh tersebut dibuat bersempena ulang tahun penerimaan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada 18 November 2012. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737674/berita/nasional/malaysia-cadang-18-november-sebagai-hari-hak-asasi-manusia-asean 
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #ASEAN #AICHR" /><meta itemprop="uploadDate" content="2025-07-08T10:54:47.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/YiFOI1eRFhb5En_6Q/x120" /><meta itemprop="duration" content="P42S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9mirki" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9mirki" data-playlist="x9cvg4"></script>