Ringgit dibuka rendah ekoran ketegangan geopolitik global
Iklan
Nilai ringgit menyusut daripada keuntungan yang diraih pada Selasa untuk dibuka rendah berbanding dolar AS pagi Rabu. - Gambar hiasan
KETEGANGAN geopolitik global menyaksikan nilai ringgit menyusut daripada keuntungan yang diraih pada Selasa untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Rabu ini, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.2150/2185 berbanding dolar AS daripada 4.2080/2125 pada penutupan Selasa.
Iklan
Iklan
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, perang di Ukraine kekal sebagai pemacu utama dalam pasaran pada masa ini.
Dilaporkan bahawa imej satelit memaparkan mayat bergelimpangan di jalan selepas tentera Rusia berundur dari Bucha, sebuah bandar berhampiran ibu negara Ukraine, Kyiv.
Iklan
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula mengulas dolar AS terus meningkat lebih tinggi kerana penghindaran risiko berterusan apabila sekutu barat dijangka meningkatkan sekatan mereka terhadap Rusia.
"Ini susulan daripada penemuan ngeri di Bucha di mana tindakan kejam dan jenayah berada pada tahap paling teruk," katanya kepada Bernama.
Iklan
Selain itu, pendirian monetari Rizab Persekutuan (Fed) yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah akan meningkatkan nilai dolar AS.
"Dengan yang demikian, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.49 peratus kepada 99.486 mata, manakala ringgit boleh kekal lemah antara RM4.21 dan RM4.22," kata Mohd Afzanizam.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.5069/5115 daripada 5.5297/5356 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.5922/5961 daripada 4.6191/6241.
Nilai ringgit juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0979/1007 daripada 3.1048/1086 pada Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.4039/4070 daripada 3.4256/4295. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>