KWP peruntuk lebih RM1 juta bantu masjid, asnaf
Iklan
Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR- Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memperuntukkan bantuan wang tunai berjumlah RM519,500 kepada 824 masjid, surau dan surau Jumaat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan bagi mengimarah suasana sepanjang Ramadan menerusi Program Nur Ramadan.
Menterinya Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata kementerian itu turut memperuntuk bantuan wang tunai berjumlah RM500,000 kepada 2,500 penerima golongan asnaf terdiri daripada anak yatim, warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) serta mereka yang kurang berkemampuan.
Iklan
Iklan
"Program Nur Ramadan adalah antara program tahunan KWP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyantuni golongan memerlukan, di samping memupuk nilai kasih sayang dan prihatin dalam kalangan komuniti Wilayah Persekutuan," katanya pada program tersebut di Masjid Al-Firdaus Segambut Luar di sini hari ini.
Pada majlis itu, 145 asnaf daripada 1,600 penerima di Kuala Lumpur menerima sumbangan wang tunai RM200 setiap seorang, selain sumbangan periuk nasi, beras dan kurma bernilai RM183,425.
Iklan
Shahidan berkata KWP turut menyumbang RM3,000 kepada 13 maahad tahfiz terpilih di 13 Parlimen Wilayah Persekutuan bagi menghidupkan suasana Ramadan.
Program Nur Ramadan dilaksanakan secara kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) dan McDonald’s Malaysia.
Iklan
McDonald’s Malaysia juga menaja makanan moreh kepada kira-kira 8,500 orang sepanjang penganjuran program kali ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>