Anwar sedia berdebat dengan Najib
Iklan
Anwar Ibrahim & Najib Razak
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk berdepan dan berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, ia demi negara dan rakyat malah beliau bersedia pada bila-bila masa boleh berdebat dengan Najib.
Iklan
Iklan
"Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela.
"Memetik pantun pendekar Melayu: Tuan Puteri pergi ke Lukut, Bawa pulang kacang panjang, Sedikit pun hamba tak takut, Kalau berani turun gelanggang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Najib sebelum ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi, namun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlulah memanggil Anwar untuk berdebat sama.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika Anwar tidak mahu menyertai debat itu, Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.
Iklan
Tegas Anwar, sikapnya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun yang lalu apabila pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada Najib.
"Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>