Aliran trafik lebuh raya utama ke ibu kota lancar
Iklan
Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama menuju ke ibu kota lancar setakat malam Ahad, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama menuju ke ibu kota lancar setakat malam Ahad, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Jurucakap LLM itu berkata, hanya sedikit kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dari Pendang ke Gurun, Kedah akibat kemalangan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, Pulau Pinang setakat jam 10 malam tadi.
Iklan
Iklan
"Trafik juga dilaporkan sedikit sesak di lebuh raya PLUS arah utara dari Senawang ke Port Dickson. Sedikit kesesakan juga berlaku ke arah selatan dari Ayer Hitam ke Machap, Kulai ke Senai dan selepas Skudai ke Kempas, Johor,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Katanya, aliran trafik di laluan lain menuju ke ibu kota termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dilaporkan lancar dan terkawal.
Iklan
Iklan
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik atau Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>