Perlis pertimbang cadangan Thailand permudahkan SOP sempadan
Iklan
Pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, Perlis.
PADANG BESAR - Kerajaan negeri Perlis akan membawa cadangan kerajaan Thailand agar prosedur operasi standard (SOP) kemasukan kedua-dua negara dipermudahkan pada mesyuarat Exco terdekat.
Exco Pelancongan Perlis, Asmaiza Ahmad berkata, pertemuan dua mata dengan Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn pada Sabtu membincangkan secara terperinci SOP yang telah ditetapkan oleh kedua-dua negara.
Iklan
Iklan
"Terdapat SOP yang dilihat terlalu ketat dan pihak Thailand menerusi Menteri pelancongan telah mencadangkan beberapa perkara bagi memudahkan urusan pelancong sama ada dari Malaysia dan Thailand keluar masuk menerusi pintu sempadan Wang Kelian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pos Imigresen Wang Kelian di sini pada Sabtu.
Phiphat Ratchakitprakarn dan Gabenor Wilayah Satun Ekkarat Leesen sebelum itu melakukan lawatan Pos Sempadan Wang Prachan, Thailand.
Iklan
Katanya, pihak kerajaan negeri akan melakukan perbincangan susulan dengan Gabenor Wilayah Satun bagi menyelesaikan beberapa perkara ini.
Beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan ialah SOP pelancong Thailand yang perlu menjalani dua kali ujian Covid-19 iaitu ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) di Thailand dan Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 di negara ini.
"Kalau boleh kita ingin permudahkan kemasukan pelancong ke negara ini, kerana ia bakal memberi banyak manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.
Iklan
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, Khairul Amin Talib berkata, pintu sempadan Wang Kelian kini dibuka kepada kedua-dua rakyat setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
"Rakyat Malaysia yang ingin ke Thailand dinasihati mendapat maklumat secukupnya mengenai SOP yang perlu dipatuhi, jika ingin memasuki negara itu agar tidak timbul sebarang masalah nanti,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>