Malaysia, Indonesia tingkat kerjasama pelaburan, komoditi

Iklan
Ismail Sabri (kiri) bersama Joko Widodo (kanan) ketika mengadakan sidang akhbar bersama selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) PDI di Istana Merdeka pada Jumaat. -Foto Bernama

JAKARTA - Pembangunan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia akan diperhebatkan susulan pembukaan ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan itu sama ada di Malaysia atau di sebelah Indonesia.

Iklan
Iklan

"Saya berterima kasih kerana Bapak Presiden (Joko Widodo) bersetuju untuk kita turut mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan dimajukan oleh pelabur dari Malaysia di bandar Nusantara nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Presiden Indonesia Joko Widodo setelah menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) PDI di Istana Merdeka pada Jumaat.

Iklan

Menyentuh mengenai kelapa sawit, Ismail Sabri berkata, kedua-dua negara bersetuju agar harga minyak kelapa sawit ditentukan bersama dan tidak bersaing dari segi penetapan harga.

Malaysia dan Indonesia merupakan pengeksport utama minyak sawit dan menguasai sebahagian besar pasaran eksport minyak sawit dunia. - Bernama

Iklan