KJ jawab kontroversi MySejahtera petang ini
Iklan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka menjawab kontroversi data peribadi rakyat Malaysia dalam aplikasi MySejahtera pada jam 4.30 petang ini.
Ia selepas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim membenarkan usul berkenaan dibahaskan.
Iklan
Iklan
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 17(1) itu dikemukakan oleh Senator Muhammad Zahid Md Arip.
Ketika membacakan usul tersebut, Muhammad Zahid berkata, isu itu berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan kerana melibatkan data peribadi jutaan rakyat Malaysia.
Iklan
Selepas mempertimbang usul yang diterima pada Selasa, Rais bersetuju bahawa ia memenuhi tiga syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan Mesyuarat 17(3).
"Oleh demikian, dibenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 17(3) pada petang ini, 31 Mac 2022, dalam dewan ini (Dewan Negara).
Iklan
"Saya membenarkan pihak pencadang untuk berbahas selama 30 minit, dan selepas itu pihak kerajaan akan menjawab 30 minit.
"Tertakluk kepada pertanyaan dan pernyataan daripada Ahli-ahli Yang Berhomat, boleh lah menyertai perbahasan itu mengikut kadar dapat kita berikan pada ketika itu petang ini," katanya pada Khamis.
Muhammad Zahid dalam usulnya menyatakan, ia dibuat susulan langkah memilih sebuah syarikat swasta iaitu MySj Sdn Bhd untuk meneruskan pengurusan aplikasi MySejahtera yang mana beberapa individu penting di dalam syarikat swasta itu mempunyai hubungan serta secara langsung dengan syarikat KPISoft Malaysia Sdn Bhd iaitu syarikat yg membangunkan aplikasi MySejahtera.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>