Remaja cedera terjatuh 20 meter dari laluan lebuh raya
Iklan
IPOH - Seorang penunggang motosikal terselamat selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter laluan lebuh raya berhampiran Simpang Pulai di sini pada Isnin.
Nahas berlaku di Kilometer 272.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara itu membabitkan remaja lelaki berusia 18 tahun yang menunggang motosikal secara bersendirian.