Gempa bumi lemah dikesan di Beluran, Sabah

Iklan
Satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter berlaku di Beluran, Sabah pada 8.39 malam tadi.

KUALA LUMPUR- Satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter berlaku di Beluran, Sabah pada 8.39 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman tujuh kilometer (km) itu berlaku pada jarak 47km Timur dari Pitas, Sabah.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di Beluran dan kawasan sekitarnya. - Bernama