Dewan Negara lulus Usul Junjung Kasih Titah Diraja
Iklan
Dewan Negara pada Isnin meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong.
KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Isnin meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-14 pada 28 Februari lepas​​​​​.
Usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju setelah ia dibahaskan selama tiga hari mulai 21 Mac, disusuli penggulungan 26 kementerian terlibat selama dua hari.
Iklan
Iklan
Antara isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan adalah berkaitan status Akta Anti Lompat Parti, pengiktirafan peranan wanita dalam urusan pentadbiran negara, meminda akta berkenaan perbuatan memalukan fizikal seseorang terutama golongan Orang Kurang Upaya dan isu tuntutan terhadap Sabah.
Persidangan hari ini menyaksikan 18 kementerian menggulung perbahasan termasuk lima di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Iklan
Mengikut takwim Dewan Negara, persidangan esok akan diteruskan dengan pembentangan Rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain dan disusuli sesi perbahasan.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>