TLDM bakal terima tiga helikopter AW139
Iklan
Model AW139 merupakan helikopter utiliti bersaiz sederhana terbaik dalam kelasnya. - Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menerima tiga buah helikopter operasi maritim (HOM) buatan Itali seperti yang dijadualkan pada bulan April dan September.
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, HOP utiliti jenis AW139 tersebut dilengkapi dengan radar pencarian RDR 1700A dan mesingan berkaliber 12.7 millimeter (mm).
Iklan
Iklan
"Dua daripada helikopter tersebut akan diterima pada bulan April ini manakala baki satu lagi akan diterima pada September.
"Ketiga-tiga helikopter ini akan berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya ketika ditemui di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Perkhidmatan Keselamatan (NATSEC) Asia di sini pada Isnin.
Iklan
Mohd Reza
Beliau berkata, TLDM buat masa ini mengoperasikan masing-masing enam jenis helikopter model Super Lynx dan AS555SN Fennec sejak tahun 2003.
Katanya, dengan peruntukan berjumlah RM220 juta, model AW139 berkenaan merupakan helikopter utiliti bersaiz sederhana terbaik dalam kelasnya dan turut digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Iklan
Mohd Reza berkata, TLDM turut merancang untuk menambah kapal misi pesisir (LMS) kumpulan kedua.
"TLDM dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedang mengusahakan belanjawan pada tahun ini.
"Kita jangkakan tiga LMS diperlukan dan senarai negara pengeluar sudah disenarai pendek antaranya dari China, Belanda dan Turki," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>