Buka sempadan: Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja
Iklan
Industri pelancongan bakal mendapat manfaat sebaik pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia bulan depan. (Gambar kecil) Rafidah
KUALA LUMPUR - Pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia akan memanfaatkan industri pelancongan, sekali gus memerlukan lebih ramai sumber manusia termasuk graduan baharu berkaitan industri berkenaan, menurut Pengerusi AirAsia X Bhd, Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut menggesa pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas, selain pematuhan SOP yang tegas sebaik sahaja sempadan antarabangsa dibuka sepenuhnya pada bulan depan.
Iklan
Iklan
Rafidah turut menekankan keperluan untuk menyelaraskan SOP yang akan dilaksanakan di seluruh negara.
"Bagi memastikan persekitaran yang menggalakkan untuk penerbangan masuk dan keluar, marilah patuhi SOP memandangkan negara-negara lain turut mengenakan SOP yang ketat.
Iklan
"Pelancong asing yang masuk ke negara ini juga perlu mematuhi SOP kita,” katanya yang juga Canselor Meritus University kepada pemberita selepas majlis graduasi sulung cabang pendidikan Halim Mazmin Group -- Meritus University, Meritus College dan HM Aerospace (akademi latihan penerbangan) pada Ahad.
Sementara itu, pengasas Meritus University, Tan Sri Dr Halim Mohammad yang turut hadir pada majlis graduasi berkenaan berkata, beliau menubuhkan bahagian pendidikan di Halim Mazmin Group untuk terus melahirkan pekerja berkemahiran bagi sektor maritim, hospitaliti dan penerbangan.
Iklan
Menurutnya, Pelan Induk Perkapalan Malaysia 2017-2022 menyasarkan kira-kira 160,000 peluang pekerjaan.
"Di Malaysia sendiri, banyak peluang pekerjaan ditawarkan oleh industri maritim global kepada graduan berkelulusan pengajian maritim. Mereka yang mempunyai kelayakan maritim yang baik mendapat permintaan yang tinggi dalam ekosistem maritim,” katanya sambil menambah, graduan universiti itu telah diambil bekerja sepenuhnya oleh industri. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>