Pakar perubatan keluarga di Malaysia masih rendah
Iklan
Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR - Jumlah pakar perubatan keluarga (FMS) di negara ini masih rendah berbanding keperluan sebenar iaitu seorang pakar untuk setiap 50,000 populasi berbanding nisbah ideal seorang pakar untuk setiap 4,000 populasi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga Disember 2021, terdapat hanya 924 pakar dalam bidang itu di negara ini, termasuk 625 orang yang sedang berkhidmat di 397 klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Iklan
Iklan
"Buat masa ini, KKM menyasarkan untuk sekurang-kurangnya satu orang FMS di setiap 1,060 klinik kesihatan KKM seluruh negara,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu sempena Majlis Konvokesyen Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM).
Dr Noor Hisham berkata, latihan kepakaran perubatan keluarga kini ditawarkan di enam buah universiti tempatan bagi Sarjana Perubatan Keluarga dan melalui laluan paralel di bawah program ditawarkan AFPM.
Iklan
"Semoga fraterniti ini akan terus berkembang maju dan lebih ramai pegawai perubatan memilih kepakaran ini agar tahap kesihatan individu, keluarga dan masyarakat terus ditambah baik dan konsep Satu Keluarga Satu Doktor akan tercapai,” katanya.
Terdahulu, beliau menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir selaku penaung AFPM berangkat mencemar duli menyempurnakan majlis konvokesyen berkenaan, serta menerima Ijazah Kehormat Felo AFPM.
Iklan
Pada konvokesyen kali ini, 200 graduan telah dianugerahkan felo, kepakaran, diploma dan sijil termasuk Pengerusi Royal Australian College of General Practitioners Dr Mark Miller dan Timbalan Pengarah (Kesihatan Primer), Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM Dr Mastura Ismail yang dianugerahkan Ijazah Kehormat Felo AFPM. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>