Ternak serangga 'black soldier fly' sebagai makanan ayam
Iklan
Zulkifli menunjukkan gambar serangga dikenali sebagai black soldier fly yang boleh dijadikan alternatif jangka masa panjang bagi menggantikan kacang soya sebagai makanan ayam.
SERDANG - Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menternak serangga dikenali sebagai 'black soldier fly' (BSF) sebagai alternatif jangka masa panjang bagi menggantikan kacang soya sebagai makanan ayam sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan berkenaan.
Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Zulkifli Idrus menjelaskan, ini disebabkan larva serangga itu boleh digunakan sebagai sumber protein kepada ayam.
Iklan
Iklan
"Sebenarnya serangga ini makanan semula jadi kepada ayam. Kalau ayam di kampung kita lihat memang dia makan ulat dan serangga.
"Itu adalah sumber protein pada ayam. Salah satu serangga yang sesuai ialah BSF,” katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.
Iklan
Hadir sama Pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian UPM, Profesor Datuk Dr M Nasir Shamsudin.
Mengulas lanjut, Zulkifli menambah, sekiranya negara ini mahu menternak serangga berkenaan, bahan makanannya adalah terdiri daripada bahan buangan industri kelapa sawit dan sisa makanan.
Iklan
"Selain daripada ia dapat membantu industri ternakan ayam, ia juga dapat menyelesaikan masalah pengurusan sisa di Malaysia,” ujarnya.
Menurutnya, Malaysia mempunyai kelebihan untuk menternak serangga ini kerana faktor iklim yang sesuai di samping turut mempunyai kepakaran.
"Cuma sekarang ini, industri BSF di Malaysia pada peringkat permulaan dan sangat baharu.
"Larva yang dihasilkan tak cukup menampung keperluan ayam yang ada di Malaysia. Tetapi saya rasa kita harus bermula (penternakan serangga ini),” katanya.
Beliau berkata, setakat ini hanya ada dua syarikat daripada luar negara yang menternak serangga itu di Malaysia iaitu di Selangor dan Johor.
Zulkifli turut percaya beberapa penyelidikan juga perlu dijalankan tentang kesesuaian untuk menternak serangga berkenaan.
"Seperti setakat banyak mana kita boleh gunakan sebagai bahan makanan ayam,” jelasnya.
Selain daripada penternakan serangga, Zulkifli turut mencadangkan agar kerajaan menggalakkan penggunaan hampas kelapa sawit yang telah diproses untuk dijadikan sebahagian makanan ayam.
"Terdapat kajian yang menunjukkan hampas kelapa sawit boleh menggantikan penggunaan kacang soya dan juga jagung sebagai makanan ayam,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina"><meta itemprop="description" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina
Langkah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kuasa eksekutif terhadap pentadbiran Parlimen merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kebebasan institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu membolehkan Parlimen menguruskan hal ehwalnya secara bebas selepas lebih tiga dekad berada di bawah cabang eksekutif.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800595/berita/nasional/anwar-lepaskan-kuasa-mengawal-parlimen-ibarat-bercerai-talak-tiga---azalinat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T09:11:27.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnoboe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnoboe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnoboe"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat"><meta itemprop="description" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat
Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis, kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah berhubung isu pengurusan peruntukan kepada wakil rakyat.
Kekecohan tercetus selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan persoalan mengenai maksud perkhidmatan adil kepada semua ahli Parlimen, selain mencadangkan pengurusan peruntukan wakil rakyat diserahkan kepada Parlimen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800588/berita/nasional/dewan-kecoh-mp-bertikam-lidah-isu-peruntukan-wakil-rakyat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T08:45:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P143S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnnv3u"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnnv3u"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnnv3u"></script>