Tentera Rusia pandu kereta kebal langgar kolonel sendiri

Iklan
Kolonel Yury Medvedev diusung ke sebuah hospital di Ukraine selepas dilanggar dengan sebuah kereta kebal baru-baru ini. - Foto socialmedia/east2westnews

KIEV - Sebuah kereta kebal yang dipandu oleh seorang askar Rusia melanggar kolonelnya sendiri sebagai protes terhadap perang di Ukraine baru-baru ini.

Menurut seorang wartawan Ukraine, Roman Tsimbalyuk di Facebook, askar Rusia itu menyalahkan komander tenteranya, Kolonel Yury Medvedev berikutan kematian rakan-rakannya.

Iklan
Iklan

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kaki kolonelnya cedera, menurut kenyataan Tsimbalyuk seperti dilaporkan oleh Daily Beast.

Ketika kejadian, kolonel itu berdiri berhampiran dengan kereta kebal tersebut.

Iklan

Medvedev kini berada di sebuah hospital di Belarus menunggu pampasan wang kerana mengalami kecedaraan semasa operasi ketenteraan khas untuk melindungi Donbass di Ukraine, menurut wartawan tersebut.

Imej yang disiarkan oleh pemimpin Chechen dan sekutu Presiden Rusia, Vladimir Putin iaitu Ramzan Kadyrov menunjukkan Medvedev dihantar ke sebuah hospital. - Agensi

Iklan