JKNS keluar RM261,650 kompaun operasi larangan merokok
Iklan
Dr Mohammad Faid (dua dari kanan) melihat kompaun dikeluarkan kepada seorang pelanggan yang didapati merokok di sebuah restoran.
SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM261,650 dalam 462 operasi bersepadu larangan merokok di tempat awam yang dilaksanakan bermula Januari 2021 hingga Isnin.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata, sebanyak 892 Notis Memerintahkan Kehadiran Ke Mahkamah (Seksyen 32B) yang boleh dikompaun telah dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004).
Iklan
Iklan
"Ia melibatkan pemeriksaan 10,110 premis, Tahun lalu sebanyak 346 operasi dengan pemeriksaan 7,957 premis.
"Bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 21 Mac 2022, sebanyak 116 operasi bersepadu dilaksanakan melibatkan pemeriksaan 2,153 premis," katanya pada sidang akhbar Operasi Larangan Merokok di Negeri Sembilan di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan di sini pada Rabu.
Iklan
Berkenaan operasi pada Rabu dari jam 2 petang hingga 11 malam, sebanyak 90 premis diperiksa dan sebanyak 66 Notis Memerintahkan Kehadiran Ke Mahkamah (Seksyen 32B) telah dikeluarkan.
Ujarnya, daripada jumlah itu, sebanyak 30 notis atas kesalahan merokok di premis makanan dikeluarkan di bawah Peraturan11(1)(d) dengan nilai kompaun RM 7,500.
Iklan
"Sebanyak lima notis atas kesalahan kegagalan pemilik atau penghuni premis memastikan tiada seorang pun merokok di dalam premis dikeluarkan di bawah Peraturan 12(1)(b) membabitkan kompaun bernilai RM1,250.
"Selain itu, 31 lain-lain kesalahan yang bernilai kompaun RM 7,750 telah dikeluarkan,” katanya.
Mohammad Faid turut mengingatkan masyarakat supaya mematuhi peraturan ditetapkan dan Jabatan Kesihatan negeri akan menjalankan operasi setiap hari khususnya di premis makanan dan lain-lain premis larangan merokok.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>