Tujuh pekerja sindiket penipuan dalam talian ditahan
Iklan
Amihizam Abdul Shukor
KUALA LUMPUR - Seramai tujuh individu termasuk dua wanita warga China ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Mont Kiara di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menahan dua lelaki tempatan, tiga lelaki dan dua wanita warga China berusia 19 hingga 25 tahun dalam serbuan itu.
Iklan
Iklan
"Kesemua individu itu disyaki pekerja sindiket yang menerima bayaran gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.
"Kumpulan itu telah beroperasi sejak Februari lalu dengan menjalankan tugas sebagai pegawai khidmat pelanggan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata, berdasarkan hasil semakan mendapati terdapat unsur-unsur penipuan dalam talian melalui media sosial WeChat digunakan sindiket itu yang menyasarkan mangsa dari China.
"Kesemua suspek menggunakan profil WeChat yang berbeza bagi tujuan penipuan.
Iklan
"Jumlah profil WeChat yang akan dibuat setiap hari adalah lebih daripada 50 profil setiap seorang. Data setiap mangsa akan dihantar ke dalam grup WhatsApp di mana ketua sindiket akan menjalankan proses seterusnya," katanya.
Amihizam berkata, pihaknya turut merampas tujuh unit komputer riba, 28 telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh papan kekunci, tujuh tetikus dan serangkai kunci rumah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Amihizam turut menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada individu yang tidak dikenali.
"Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.
"Sebarang maklumat berkenaan sindiket penipuan boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke"><meta itemprop="description" content="Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.
Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803561/berita/semasa/peletakan-jawatan-saya-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-jejak-ke-rumahnya---anthony-loke
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #AnthonyLoke #letakjawatan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-06T10:01:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbu6th6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbu6th6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbu6th6"></script>