RUU anti lompat parti perlu diperhalusi secara teliti: Hamzah
Iklan
Hamzah Zainudin
KAJANG - Kerajaan disarankan supaya tidak tergesa-gesa membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) anti lompat parti kerana terdapat beberapa definisi yang perlu diperhalusi secara teliti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia berikutan sewaktu dibentangkan dalam Kabinet, ada beberapa aspek yang mengelirukan.
Iklan
Iklan
"Bila kita kata lompat parti ini ia sepatutnya ada definisi yang boleh diterima oleh semua pihak. Ada beberapa perkara yang dibentangkan dalam Kabinet, ada perkara yang mungkin mengelirukan.
"Sebagai contoh, seseorang yang dipecat oleh parti tidak boleh pergi ke mana-mana parti yang lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Penjara Ke-232 di Penjara Kajang di sini, pada Selasa.
Iklan
Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) memberi amaran untuk membatalkan perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama kerajaan sekiranya RUU anti lompat parti tidak dibentangkan seperti yang dijanjikan.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Kabinet sudah pun bersetuju untuk mengadakan akta berkenaan, tetapi memerlukan perincian lanjut kerana ia perlu kekal relevan untuk satu jangka masa yang panjang.
Iklan
Tambah beliau, RUU berkenaan juga akan memberi peluang kepada presiden parti melakukan salah guna kuasa, sekali gus menjejaskan kestabilan pentadbiran negara.
"Pembangkang mungkin tidak tahu apa yang saya jelaskan ini, jadi kita tak salahkan mereka mahupun kerajaan.
"Kita hendak selesaikan sesuatu akta biarlah ia boleh diterima pakai bukan hanya untuk tahun ini atau tahun depan semata-mata, tetapi boleh digunakan berpanjangan sehingga tempoh yang kita rasa sesuai digunakan dalam landskap politik negara ketika ini,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>