UMNO Selangor yakin rakyat kembali undi BN
Iklan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM - UMNO Selangor yakin rakyat negeri itu akan kembali mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, trend tersebut boleh dilihat setelah parti berkenaan berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di beberapa negeri terutama di Johor dan Melaka.
Iklan
Iklan
"Semua parti diberi peluang menjadi kerajaan, Pakatan Harapan (PH) pernah jadi Perdana Menteri, Bersatu pun sama.
"Kini giliran BN, jadi rakyat boleh menilai dan kita lihat daripada keputusan PRN, nampaknya rakyat kembali kepada BN kerana kita tahu bahawa pada 2014 ada janji manis oleh PH tidak dapat dilaksanakan," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di Shah Alam Convention Center (SACC), di sini pada Isnin.
Iklan
Dalam pada itu Noh berkata, pihaknya sedia menampilkan calon daripada golongan muda mewakili parti tersebut sebagai persediaan menghadapi PRU15.
Ujarnya, penampilan mereka relevan mengikut peredaran zaman dan diperlukan sebagai pelapis kepada generasi veteran.
Iklan
"Tanpa yang lama, tiadalah yang muda. Generasi muda pun kita perlu kerana zaman sudah berubah, jadi kita mesti ada kesinambungan dan pelapis.
"Selangor pun sama, kita akan lihat dan akan tunjuk juga pimpinan muda," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>