Dewan Rakyat ucap takziah pemergian bekas Ahli Parlimen Bagan Serai

Iklan

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Isnin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meninggal dunia pada 10 Mac lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menyatakan perkara itu sebelum sesi soal jawab bermula.

Iklan
Iklan

"Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Haji Mohsin Fazli Haji Samsuri.

"Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah untuk hadapi situasi ini dan kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas beliau serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh serta beriman,” katanya.

Iklan

Azhar berkata, Allahyarham telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai bermula 2008 hingga 2013. - Bernama

Iklan