PM Ireland positif Covid-19

Iklan
Micheal Martin

DUBLIN- Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin disahkan positif Covid-19 ketika mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan dikeluarkan pejabatnya pada Khamis.

Beliau diuji positif sebelum dijadualkan bertemu dengan Presiden AS, Joe Biden di Pejabat Oval Rumah Putih, lapor penyiar radio dan televisyen Ireland, RTE.

Iklan
Iklan

Pertemuan itu akhirnya berlangsung menerusi video.

Martin kini menjalani kuarantin kendiri dan dilaporkan semakin sihat, lapor RTE. - Bernama

Iklan
Iklan