Sembilan rumah terjejas banjir, 35 mangsa dipindahkan
Iklan
BATANG KALI - Sembilan buah rumah di Kampung Genting Malik, di sini terjejas akibat banjir setinggi 0.9 meter ekoran limpahan air dari sungai berhampiran ketika hujan lebat pada malam Khamis.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, satu panggilan kecemasan diterima pada jam 10.10 malam berkenaan kejadian tersebut.