KKM dapatkan maklumat sosej Thailand mengandungi nitrit tinggi
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123rf
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mendapatkan maklumat lanjut dari pihak kedutaan Thailand berhubung produk sosej dari negara itu yang diuji mengandungi nitrit melebihi paras yang dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Mohd Salim Dulati berkata, ia susulan 14 orang kanak-kanak di Thailand mengalami methemoglobinemia iaitu sejenis penyakit gangguan darah selepas makan sosej tersebut.
Iklan
Iklan
"Bagi melindungi kesihatan pengguna, KKM akan meneruskan pemantauan keselamatan makanan di pasaran tempatan dan pintu masuk negara agar ianya mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, nitrit adalah sejenis bahan pengawet makanan yang sering digunakan dalam produk hasilan daging bagi merencatkan pertumbuhan bakteria di samping menyerlahkan warna makanan.
Iklan
"Pengambilan nitrit pada kadar berlebihan, boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa letih dan penat, sukar untuk bernafas, pening dan sakit kepala, berdebar-debar dan kelihatan pucat," katanya.
Beliau berkata, di Malaysia, produk hasilan daging seperti sosej boleh mengandungi nitrit pada paras tidak melebihi 80mg/kg selaras dengan standard antarabangsa Codex.
Iklan
"Sehingga kini, sebanyak 207 sampel produk hasilan daging termasuk sosej telah diambil di pasaran tempatan dan pintu masuk bagi tujuan analisis tahap kandungan nitrit," katanya.
Mohd Salim berkata, hasil analisis yang telah dijalankan, kesemua sampel sosej didapati mematuhi tahap yang ditetapkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>