Lembu jantan jatuh lubang diselamatkan
Iklan
Anggota APM membantu mengeluarkan seekor lembu yang terjatuh ke dalam lubang berhampiran rumah penduduk di Kampung Lalang di sini pada Rabu.
LIPIS - Enam anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa kira-kira setengah jam bagi menyelamat seekor lembu jantan yang terjatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira satu meter di Kampung Lalang di sini pada Rabu.
Pegawai APM Daerah Lipis, Kapten Pertahanan Awam (PA) Mohd Azhar Yusof berkata, operasi menyelamatkan haiwan ternak itu segera dilakukan selepas menerima panggilan daripada penduduk pada jam 8.51 pagi.