Suhaimi Ali dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM
Iklan
Suhaimi Ali
SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu mengumumkan pelantikan Suhaimi Ali sebagai Penolong Gabenornya berkuat kuasa 1 April depan.
BNM menerusi kenyataannya berkata, Suhaimi mula berkhidmat di BNM pada 1998 selepas menamatkan pengajian dari University of Notre Dame, Amerika Syarikat.
Iklan
Iklan
Katanya, sepanjang kerjaya beliau di BNM, beliau pernah berkhidmat di pelbagai jabatan, termasuk pembangunan sektor kewangan, pengawalan dan penyeliaan, perancangan strategik, amalan pasaran, perundingan antarabangsa dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) serta Pejabat Gabenor.
"BNM juga ingin mengumumkan persaraan Penolong Gabenor, Norzila Abdul Aziz yang berkuat kuasa 1 April 2022.
Iklan
"Sejak menyertai BNM pada 1988, Norzila telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh dan memodenkan operasi pelaburan dan fungsi pasaran kewangan BNM, serta memacu usaha BNM untuk memperdalam pasaran kewangan Malaysia," katanya.
Menurut BNM, Penolong Gabenornya, Adnan Zaylani Mohamad Zahid akan mengambil alih portfolio yang dipegang Norzila sekarang iaitu terdiri daripada Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan dan Jabatan Dasar Pertukaran Asing serta akan bertanggungjawab ke atas Jabatan Pengurusan Data dan Statistik.
Iklan
"Sementara itu, Suhaimi akan mengambil alih portfolio yang dipegang oleh Adnan sekarang ini iaitu terdiri Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan, Jabatan Sistem Kewangan Islam dan Jabatan Rangkuman Kewangan.
Dalam pada itu, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, BNM merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan Norzila yang besar kepada BNM dan negara sepanjang 35 tahun perkhidmatan beliau.
"Norzila merupakan salah seorang daripada barisan kepimpinan BNM yang banyak berjasa. Khidmat dan kepimpinan beliau yang penuh dedikasi telah membantu BNM mengharungi dan bertindak balas terhadap pelbagai cabaran, antaranya krisis kewangan Asia dan global serta pandemik.
"Kami benar-benar menghargai khidmat beliau. Saya juga berkeyakinan pelantikan Suhaimi akan memperkukuh keupayaan BNM untuk mencapai mandatnya," ujar beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>