Pas tak akan bubar DUN Kelantan, Terengganu, Kedah

Iklan
Abdul Hadi - Foto Bernama

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempohnya.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, ia bagi memberikan tumpuan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Iklan
Iklan

"Pas mengikuti perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik.

"Justeru, Pas membuat pendirian supaya DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempohnya, bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sebelum itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa enam negeri dijangka tidak akan membubarkan DUN masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Beliau berkata, perkara tersebut ada dibincangkannya bersama lima buah negeri lain ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara baru-baru ini.

Iklan