Hujan tidak halang petugas media berada di hadapan Istana Bukit Serene
Iklan
JOHOR BAHRU - Hujan renyai sejak jam 1 tengah hari tidak menghalang petugas media berada di hadapan perkarangan pintu masuk Istana Bukit Serene di sini.
Dianggarkan lebih 10 petugas media berada di sini bagi menunggu kehadiran kenderaan membawa Menteri Besar Johor baharu yang dijangka akan mengangkat sumpah pada petang Selasa.